Berkenan menerima mengadap

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima mengadap secara berasingan tiga ketua perwakilan asing pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, hari ini.

Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Tiffany Anne McDonald, dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler.

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai yang akan menamatkan perkhidmatannya.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ketika berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, PYT Gerda Winkler. – Gambar oleh Muiz Matdani
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ketika berkenan menerima mengadap TYT Lim Hong Huai.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir ketika berkenan menerima mengadap PYT Tiffany Anne McDonald.