Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, yang akan menamatkan perkhidmatan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 23 Mac 2016.

Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Yeo Joon Hua Desmond.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap TYT Lim Hong Huai. – Gambar oleh Infofoto