Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke negara ini yang baharu di Qashr Al-Meezaan.

    Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif.

    Mereka telah menerima surat watikah pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis, TYT Bernard Regnauld-Fabre; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, TYT Maeda Toru; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina, PYT Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio; Pesuruhjaya Tinggi Australia, TYT Luke Lazarus Arnold; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat, PYT Caryn Roberta McClelland; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos, PYT Sengdavanh Vongsay dan Pesuruhjaya Tinggi Republik India, TYT Alok Amitabh Dimri,

    Mereka telah menyembahkan surat-surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Baginda Sultan pada 24 Mei.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru pada majlis mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan ketua-ketua perwakilan asing ke negara ini yang baharu di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap TYT Pengiran Haji Sahari dan TYT Wan Hadfi Lutfan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima mengadap PYT Marian Jocelyh R. Tirol-Ignacio.
    Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima mengadap PYT Caryn Roberta McClelland.
    Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima mengadap TYT Alok Amitabh Dimri.
    Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima mengadap TYT Bernard Regnauld-Febre.
    Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan menerima PYT Sengdavanh Vongsay.
    Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap TYT Luke Lazarus Arnold.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...