Thursday, August 11, 2022
23.2 C
Brunei

Berkenan menerima mengadap

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Kebawah Duli Yang Ma-ha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima me-ngadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama, Republik Demokratik Timor-Leste, Puan Yang Terutama Adaljiza Magno yang mengadakan lawatan ke negara ini selama lima hari.

Semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Puan Yang Terutama telah berbincang mengenai meningkatkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste, termasuk kerjasama dalam bidang ekonomi, pengangkutan dan pendidikan serta pertukaran antara penduduk dan belia.

Menyertai Puan Yang Terutama pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan dan Perhubungan, Tuan Yang Terutama Jose Agustinho da Silva dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Gutterres.

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama, Republik Demokratik Timor-Leste, Puan Yang Terutama Adaljiza Magno di Istana Nurul Iman. PYT Adaljiza Magno berada di negara ini bagi lawatan negara lima hari. – Gambar oleh Infofoto
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap PYT Adaljiza Magno dan rombongan di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Hujan lebat ragut 7 nyawa

SEOUL, 9 OGOS – Terowong kereta api bawah tanah dan laluan jalan utama di ibu negara Korea Selatan, Seoul, ditenggelami air selepas hujan lebat...
- Advertisment -