Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Panglima United States Indo-Pacific Command (US INDO-PACOM), Laksamana John C Aquilino yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Menyertai Laksamana John Aquilino ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn R McClelland; Penolong Eksekutif, Kapten Melvin Smith dan Ketua Pejabat Kerjasama Pertahanan, Leftenan Komander Samuel S Kim.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Negara Brunei Darussalam dan AS mempunyai hubungan kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang telah dimeterai melalui penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) dalam kerjasama pertahanan pada 29 November 1994.

    Hubungan pertahanan dua hala telah diperkukuhkan melalui kerjasama dalam bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional dan kursus.

    Kedua-dua negara juga saling bekerjasama dalam peringkat pelbagai hala seperti Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC), Persidangan Ketua-ketua Pertahanan (CHOD) dan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus).

    Laksamana John C Aquilino dan rombongan berada di Negara Brunei bagi lawatan selama tiga hari dari 7 hingga 9 Ogos.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima pesambah semasa majlis menerima mengadap Panglima United States Indo-Pacific Command (US INDO-PACOM), Laksamana John C Aquilino yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap Laksamana John C Aquilino di Istana Nurul Iman, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...