Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, secara berasingan berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Saleumxay Kommasith dan Utusan Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom (UK) ke Negara Brunei Darussalam, Myanmar dan Thailand, Mark Garnier.

    TYT Saleumxay Kommasith berada di negara ini dalam lawatan dua hari untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala ke-3 antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Laos.

    Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara termasuk dalam bidang pendidikan, pertahanan, belia dan sukan serta keselamatan makanan.

    Menyertai Tuan Yang Terutama pada majlis mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay dan Ketua Pengarah Jabatan Asia Pasifik dan Afrika, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Viroth Sundara.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Sementara itu, semasa majlis menerima mengadap Utusan Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Mark Garnier telah berbincang mengenai hubungan dua hala dan strategik di antara Negara Brunei Darussalam dan UK serta hubungan ASEAN-UK.

    Menyertai Mark Garnier ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe. Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    UK menjadi Rakan Dialog ASEAN baharu yang pertama dalam tempoh 25 tahun pada 5 Ogos 2021 semasa Negara Brunei Darussalam menjadi pengerusi ASEAN.

    Negara Brunei Darussalam juga merupakan negara penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-United Kingdom bagi 2021 hingga 2024.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Saleumxay Kommasith (atas) dan Utusan Perdagangan Perdana Menteri United Kingdom (UK) ke Negara Brunei Darussalam, Myanmar dan Thailand, Mark Garnier (bawah) di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah daripada Mark Garnier.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menerima mengadap TYT Saleumxay Kommasith di Istana Nurul Iman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...