Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing wanita dan isteri-isteri ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ketika berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing wanita dan isteri-isteri ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam. Berangkat sama, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...