Wednesday, December 7, 2022
31.3 C
Brunei

-

Berkenan menerima mengadap

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah hari ini berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Arnold; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie; Pesuruhjaya Tinggi Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat (AS), Puan Yang Terutama Caryn McClelland.

Pada majlis mengadap di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan itu, Duli Yang Teramat Mulia menzahirkan penghargaan atas hubungan yang sudah lama terjalin di antara keempat-empat negara dengan Negara Brunei Darussalam dan berharap mereka mencapai kejayaan dalam tugas masing-masing.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima mengadap TYT Luke Arnold.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima mengadap TYT Bernard Regnauld-Fabre.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima mengadap PYT Caryn McClelland.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima mengadap PYT Ambra Dickie.

Artikel sebelum iniRayuan perompak ditolak
Artikel seterusnyaBSM hargai rakan-rakan niaga
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -