Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa yang akan menamatkan perkhidmatan, di Istana Nurul Iman.

    Secara berasingan di Qashr Al-Meezaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
    Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng yang baharu; dan TYT Tran Van Khoa yang akan menamatkan perkhidmatan.

    Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap TYT Lim Hokseng yang telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 28 Februari 2023.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap TYT Tran Van Khoa yang telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 20 Jun 2020.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap TYT Tran Van Khoa di Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan bergambar bersama TYT Lim Hokseng (kiri) semasa majlis mengadap di Qashr Al-Meezaan, kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap TYT Tran Van Khoa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -