DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, hari ini. Tuan Yang Terutama telah menjadi pesuruhjaya tinggi sejak Mac 2016. Pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia merakamkan penghargaannya atas hubungan baik antara Brunei Darussalam dan Malaysia, terutamanya dalam hal ehwal kebudayaan, sukan dan media. Duli Yang Teramat Mulia juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Yang Terutama dan keluarga. – Gambar oleh Muiz Matdani