Berkenan menerima mengadap

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, telah berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO), Dr Abdulaziz Othman Altwaijri, di Qashr Al-Meezan. Menyertai rombongan Dr Abdulaziz ialah Pengarah Perhubungan Luar dan Kerjasama ISESCO, Dr Ahmad Said Bah. Turut hadir di majlis mengadap tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman. – Infofoto