BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin bin Abdullah di Istana Nurul Iman.
Turut serta dalam majlis mengadap tersebut ialah Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia, Eldeen Hussaini bin Mohd Hashim dan Charge d’Affaires yang juga Minister Counsellor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Rafedah binti Abdul Aziz.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)