Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine, Pavlo Klimkin yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja.

    Semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman tersebut, Baginda Sultan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Ukraine serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau.

    Menyertai Pavlo Klimkin pada majlis mengadap kelmarin ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine ke Negara Brunei Darussalam, Dmytro Senik.

    Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

    Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Pavlo Klimkin di Istana Nurul Iman kelmarin. - Gambar Infofoto
    Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap Pavlo Klimkin di Istana Nurul Iman kelmarin. – Gambar Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda