Gambar Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap perwakilan-perwakilan dalam dan luar negara pada majlis berasingan yang berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini.
Mula-mula sekali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap perpisahan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Elena Semivolos.
Kemudian Baginda Raja Isteri secara berasingan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki dan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Ismail Haji Salam, Rosita Ismail.
Majlis diteruskan dengan Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Korea, PYT Pengiran Hajah Nooriyah binti Pengiran Lela Wangsa Pengiran Haji Yussof; isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jordan, TYT Haji Mahadi bin Haji Maidin, Hajah Mahani binti Haji Taja’ah; isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, TYT Haji Shahbudin bin Haji Musa, Hajah Zaidah binti Haji Abu Hanifah; dan isteri Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat Bangladesh, Haji Haris bin Haji Othman, Dayang Suraya binti Haji Salleh.