Berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Presiden Persatuan Badminton Thailand di bawah naungan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kerajaan Thailand, Khunying Patama Leeswadtrakul; ahli Lembaga Pengarah Eksekutif bagi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand; timbalan pengerusi Suruhanjaya Wanita dalam Badminton; dan timbalan presiden Persekutuan Badminton Dunia.

Menyertai bersama Khunying Patama Leeswadtrakul pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul,

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kelmarin berkenan menerima mengadap Khunying Patama Leeswadtrakul bersama rombongan di Istana Nurul Iman. – Gambar oleh Infofoto