Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap bakal jemaah haji

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal jemaah haji negara, di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada 431 bakal jemaah haji yang terdiri daripada 199 bakal jemaah haji lelaki dan 232 bakal jemaah haji perempuan.

    Jumlah tersebut tidak termasuk pegawai perubatan Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam dan juga pegawai pengiring syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji iaitu seramai 38 orang.

    Sebelum majlis mengadap dan junjung ziarah, bakal jemaah haji negara telah menikmati jamuan tengah hari, seterusnya menunaikan solat Fardu Zuhur dan Sunat Hajat secara berjemaah.

    Atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap kebajikan bakal jemaah haji negara, Baginda berkenan mengurniakan sepasang pakaian ihram bagi lelaki manakala sepasang telekung bagi wanita.

    Rombongan bakal jemaah haji bagi penerbangan pertama dijangka akan meninggalkan negara pada 15 Jun, pukul 11 pagi, manakala penerbangan kedua pula akan bertolak pada keesokannya, pukul 10 pagi.

    Pada musim haji tahun ini, tiga buah syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji terlibat dalam menguruskan bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam iaitu Darussalam Holdings Sdn Bhd, Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd dan Al-Hijrah Travel and Tours Sdn Bhd.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam tahun 1443H/2022M yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah pegawai yang akan mengiringi bakal jemaah haji negara ke tanah suci.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap bakal jemaah haji di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    Bakal jemaah haji turut menunaikan solat Fardu Zuhur dan Sunat Hajat secara berjemaah sebelum majlis mengadap.
    Antara bakal jemaah haji bergambar ramai selepas majlis mengadap di Istana Nurul Iman.
    Bakal jemaah haji turut dikurniakan sepasang pakaian ihram bagi lelaki manakala sepasang telekung bagi wanita.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...