Berkenan menerima mengadap ketua perwakilan asing

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, hari ini.

Mula-mula, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna yang telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Januari lalu. Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia, TYT Vladlen Stanislavovich Semivolos yang akan menamatkan perkhidmatannya.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ketika berkenan menerima mengadap TYT Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ketika berkenan menerima mengadap TYT Vladlen Stanislavovich Semivolos.