Berkenan menerima mengadap ketua perwakilan asing

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah hari ini, berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

Dalam majlis mengadap tersebut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir mengucapkan tahniah kepada para utusan atas pelantikan mereka dan berharap mereka berjaya dalam tugasan masing-masing.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ketika berkenan menerima mengadap TYT Tran Van Khoa.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir ketika berkenan menerima mengadap TYT John Virgoe.