Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap setiausaha agung ASEAN

    Gambar oleh Infofoto

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi, kelmarin.

    Semasa majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama antara lain membincangkan mengenai perkembangan pencapaian kebolehlaksanaan di bawah Negara Brunei Darussalam selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2021.

    Turut hadir pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman itu ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.  

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...