Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Berkenan mengadakan lawatan tidak berjadual

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan lawatan tidak berjadual ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), Berakas, pagi ini.

    Semasa keberangkatan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia meninjau ke pejabat pos, dewan pelepasan dan pusat kawalan operasi.

    Baginda meneruskan keberangkatan ke Kompleks Setia Kenangan, Kiulap, dan berkenan meninjau cawangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Khidmat Teknikal Diraja Brunei (RBTS) yang juga terletak di Kompleks Setia Kenangan, Kiulap, menjadi destinasi terakhir keberangkatan lawatan Baginda Sultan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan beramah mesra bersama orang awam semasa mengadakan lawatan tidak berjadual ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mendengar sembah penerangan daripada pegawai penguatkuasa semasa mengadakan lawatan tidak berjadual ke LTAB, kelmarin.

    Baginda Sultan berkenan mendengar sembah penerangan semasa meninjau Pusat Kawalan Operasi LTAB.

    Baginda Sultan turut berkenan mengadakan lawatan ke RBTS di Kiulap.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung bergambar ramai bersama kakitangan BIBD semasa berangkat meninjau cawangan BIBD di Kompleks Setia Kenangan, Kiulap.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...