Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Berkenan menyertai latihan bola sepak

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman hari ini berkenan menghadiri sesi bersama bekas pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) yang kedua-duanya berada di negara ini sebagai sebahagian daripada Program Utusan Sukan AS di Padang Rekreasi Diraja Brunei, Berakas.

    Hadir sebagai tetamu istimewa semasa sesi latihan bola sepak untuk pemain junior yang dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak Brazil (BFA) itu ialah pemenang Piala Dunia Wanita 1991, Amy Allman Griffin dan pemenang Piala Dunia Wanita 1999, Lorrie Fair Allen.

    Mereka sempat bercakap di hadapan para peserta junior sambil menunjukkan pingat emas Piala Dunia Wanita FIFA 1991.

    Amy Allman, yang merupakan bekas rakan sepasukan legenda Mia Hamm, adalah sebahagian daripada pasukan yang menewaskan Norway 2-1 pada perlawanan akhir untuk merangkul gelaran sulung Piala Dunia Wanita 1991 di Guangzhou, China.

    Lorrie, yang merupakan sebahagian daripada pasukan juara Piala Dunia Wanita 1999 yang menewaskan China menerusi sepakan penalti di laman sendiri, turut mengetuai sesi bersama pemain Bawah-10 tahun itu.

    Bekas pemain antarabangsa AS itu juga meluangkan masa untuk menandatangani jersi yang menggembirakan para pemain muda.

    Antara aksi YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman semasa sesi latihan tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...