Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Berkenan rasmi bangunan baru Pusat Ehsan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, hari ini, berkenan menyempurnakan perasmian Bangunan Baru Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Fasa 1 yang berlangsung di Kampung Bengkurong, di sini.

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Menjunjung keberangkatan kedua-dua Yang Teramat Mulia ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin; Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman; dan Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab.

Sejurus selepas perasmian Yang Teramat Mulia berdua berkenan menyaksikan pameran dan produk-produk hasil penuntut-penuntut pusat berkenaan dan seterusnya melawat ke bilik-bilik di bangunan baru dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para penuntut.

Pengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baru Pusat Ehsan Al-Hajjah Maryam Fasa 1, Haji Ahmad dalam sembah alu-aluannya menyatakan bahawa bangunan baru tersebut adalah komponen pertama projek pembangunan semula pusat tersebut.

Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis perasmian bangunan baru Pusat Ehsan.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis perasmian bangunan baru Pusat Ehsan.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat meninjau ke kawasan kolam renang terapi di bangunan baru Pusat Ehsan.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat meninjau ke kawasan kolam renang terapi di bangunan baru Pusat Ehsan.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama pelajar dari Pusat Ehsan.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama pelajar dari Pusat Ehsan.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat membuat lawatan ke bilik-bilik di Bangunan Baru Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Fasa 1.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat membuat lawatan ke bilik-bilik di Bangunan Baru Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Fasa 1.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat menyaksikan kawasan taman.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat menyaksikan kawasan taman.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penuntut pusat itu.
Yang Teramat Mulia berdua berkenan dijunjung berangkat untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penuntut pusat itu.

“Projek pembangunan semula Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam ini adalah dihasratkan untuk menjadikan pusat ini relevan dengan kehendak semasa di dalam memberi perkhidmatan yang berkesan kepada orang-orang yang berkeperluan khas,” jelasnya.

Sembahnya lagi, pusat itu juga berhasrat untuk meningkatkan keupayaannya dalam membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam memeduli hal ehwal orang-orang berkeperluan khas sama ada dari segi pemulihan, pembelajaran dan pekerjaan.

“Selain daripada menyediakan bilik-bilik darjah, kompleks baru ini juga dilengkapi dengan gimnasium, kolam renang terapi, taman terapi dan berbagai-bagai mesin latihan jasmani dan peralatan moden untuk memberi perkhidmatan terapi yang komprehensif dan berkesan,” tambah beliau.

Kompleks berkenaan dibangunkan hasil kerjasama dan sumbangan orang ramai dan sektor swasta melalui kempen-kempen amal, sumbangan secara langsung dan sebagainya.

Dalam kesempatan itu, Haji Ahmad mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan ke arah pembinaan bangunan ini sama ada dari segi kewangan, barang-barang binaan, perkakas-perkakas dan peralatan dan juga perkhidmatan yang sebilangan besar mereka hadir bersama pada pagi ini.

Sembahnya lagi, dana berjumlah $2 juta telah dibentuk bagi projek berkenaan yang mana sebahagian besarnya adalah kurnia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Pengerusi Pusat Ehsan; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan juga bonda Yang Teramat Mulia selaku penaung pusat tersebut.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa usaha bagi memulakan komponen kedua projek pembangunan semula Pusat Ehsan telah pun berjalan.

Setakat ini, pihak Pusat Ehsan telah pun menyediakan konsep bagi sebuah surau yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah untuk pembelajaran dan kegiatan agama.

Menteri-menteri kabinet yang hadir ke majlis berkenaan.
Menteri-menteri kabinet yang hadir ke majlis berkenaan.
Para jemputan yang hadir ke majlis itu.
Para jemputan yang hadir ke majlis itu.

Komponen kedua itu juga termasuk pembinaan kompleks vokasional yang bukan hanya menyediakan bilik-bilik latihan vokasional malah juga menyediakan ruang kafe dan runcit yang dihasratkan untuk menjadi outlet kepada produk-produk yang dihasilkan oleh penuntut-penuntut di bidang perkhidmatan. Komponen ini juga termasuk pembinaan kompleks makan terbuka untuk penuntut-penuntut dan kakitangan pusat.

Fasa ketiga pula dijangka antara lain akan membina blok pentadbiran, dewan serba guna, pusat sumber dan nurseri untuk latihan pertanian para penuntut.

Pembinaan bangunan-bangunan baru dalam projek pembangunan semula pusat ini setakat ini tidak melibatkan perobohan semua bangunan yang telah sedia ada. Di samping bangunan baru, pusat berkenaan juga membaik pulih beberapa bangunan yang tidak terjejas.

Selain daripada pembangunan fizikal, projek pembangunan semula Pusat Ehsan juga meliputi pembangunan strategik dan pembangunan kapasiti.

Ke arah itu Pusat Ehsan telah selesai membentuk kurikulum khas bagi pendidikan penuntut-penuntut berkeperluan khas dengan bantuan konsultan dari Singapura.

Beliau seterusnya menyentuh mengenai kos operasi pusat tersebut yang menurutnya semakin hari semakin meningkat namun tidak dijadikan sebagai halangan untuk mencapai status pusat kecemerlangan.

Selain daripada mengadakan projek-projek amal, pusat berkenaan juga telah membentuk skim bantuan gaji guru yang mana orang ramai atau korporat akan membuat perjanjian bersama atau memorandum persefahaman (MoU) dengan pusat untuk membantu dari segi kewangan membayar gaji guru atau ahli terapi.

Selain daripada skim berkenaan, pusat itu juga akan membuat MoU bagi orang ramai atau korporat menaja penuntut-penuntut di sana. Tajaan tersebut dinilai berdasarkan kos perbelanjaan bagi seorang penuntut.

Pada petang ini Darussalam Assets telah menjadi agensi pertama menaja penuntut-penuntut Pusat Ehsan dalam skim yang baru ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -