Oleh Siti Nur Wasimah S.
Gambar Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, pagi tadi, telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-7 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku pengerusi Majlis UNISSA; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku timbalan pengerusi Majlis UNISSA; dan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-7 UNISSA.
Turut hadir ialah Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)