BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhatdee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan menyaksikan perlawanan bola sepak Negara Brunei Darussalam menentang Myanmar pada Kejohanan Bola Sepak HBT 2018 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas malam hari ini.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)