Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berkenan terima junjung ziarah

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar telah mengadakan junjung ziarah kehadapan majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan pada 4 Januari lalu.

    Semasa junjung ziarah tersebut, Tuan Yang Terutama mengongsikan pandangan beliau terhadap beberapa kepentingan bersama dan turut menyembahkan junjung kasih kehadapan majlis YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna atas sokongan berterusan untuk mengukuhkan hubungan antara India dan Negara Brunei Darussalam.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan bergambar bersama TYT Ajaneesh Kumar yang akan menamatkan perkhidmatan semasa majlis junjung ziarah tersebut. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...