Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima kunjungan muhibah

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pagi tadi berkenan menerima kunjungan muhibah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.

    Menyertai rombongan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di majlis perjumpaan tersebut ialah Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies, Dr Farhan Nizami, Kuwait Fellow, Oxford Centre for Islamic Studies, Yang Berbahagia Orang Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Afifi Al-Akiti dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ismail bin Haji Salam.

    Hadir sama di pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Sebelum berangkat meninggalkan Istana Nurul Iman, Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kelmarin berkenan menerima kunjungan muhibah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman. – Gambar Oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima kunjungan muhibah DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan bersama-sama DYMM Sultan Perak sebelum berangkat balik.
    Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda