Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) hari ini, telah berkenan menerima mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Penaung Diraja Friend of AsiaPacific Region World Association of Girl Guides and Girl Scouts (FAPW).
Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Turut berangkat ke majlis mengadap Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Di-Pertua PPPBD. Juga hadir ke majlis mengadap itu ialah ahli-ahli PPPBD dan FAPW.