BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan yang baru ke Negara Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezan.
Ketua-ketua perwakilan yang baru berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Richard Stephen Lindsay, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Motohiko Kato dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Peter Hermann Wolff.
Richard Stephen Lindsay sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Dasar Keselamatan di Pejabat Luar Negara dan Komanwel manakala Motohiko Kato pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Jepun di United Kingdom dan Peter Hermann Wolff pula sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Paraguay.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)