Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap mantan, Pemerintah baharu ABDB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini, berkenan menerima mengadap mantan pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan bersara, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dan pemerintah ABDB yang baru dilantik, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan di Qashr Al-Meezan.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah menyerahkan tugasnya kepada Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi pada 1 Mac 2022 dalam Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB yang telah diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba, Gadong, kelmarin.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah merupakan pemerintah ABDB ke-11 bermula 1 September 2020 sehingga 1 Mac 2022 dan beliau telah berkhidmat dengan ABDB selama 34 tahun.

    Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi pula telah dinaikkan pangkat menjadi mejar jeneral pada 1 Mac 2022.

    Sebelum pelantikannya sebagai pemerintah ABDB ke-12, beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting termasuk pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) ke-11 bermula 30 Julai 2020 sehingga 28 Februari 2022; komandan Akademi Pertahanan ABDB pada 2019 hingga 2020; komandan Institut Latihan ABDB pada 2018 dan timbalan pemerintah TDDB pada tahun 2014 hingga 2017.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap mantan pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan bersara, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dan pemerintah ABDB yang baru dilantik, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan di Qashr Al-Meezan, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah dan Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi di Qashr Al-Meezan. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...