Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima mengadap Menteri Thailand

    Oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan Thailand, Dr Teerakiat Jareonsettasin di Istana Nurul Iman.

    Dr Teerakiat Jareonsettasin berada di negara ini dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari selaku presiden Majlis Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO Council).

    Jawatan selaku presiden SEAMEO ini dipegang mengikut kitaran dua tahun daripada kalangan menteri-menteri pendidikan ahli SEAMEO. Menteri Pendidikan Thailand memegang jawatan berkenan semenjak 6 Mei 2015.

    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap  Dr. Teerakiat Jareonsettasin.
    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Dr. Teerakiat Jareonsettasin.

    Turut hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

    Hadir sama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand, Biravij Suwanpradhes; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan Thailand, Duriya Amatavivat dan Pengarah Sekretariat SEAMEO, Dr. Gatot Hari Priowirjanto.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda