Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap Presiden Timor-Leste

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta serta rombongan.

    Terdahulu sebelum itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berangkat bersama Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dari hotel The Empire Brunei menuju ke Istana Nurul Iman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste di perkarangan Istana Nurul Iman, dan seterusnya bersama-sama dengan Tuan Yang Terutama naik ke Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah Negara dan 21 das tembakan meriam.

    Semasa Majlis Perjumpaan Empat Mata dengan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, kedua-dua pemimpin berbincang bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste, serta isu-isu yang berkepentingan bersama kepada kedua-dua buah negara.

    Selepas Majlis Perjumpaan Empat Mata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengadakan Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste yang berlangsung di Baitul Mesyuarah.

    Semasa Majlis Perjumpaan Dua Hala tersebut, Baginda Sultan berkenan mengurniakan titah mengalu-alukan Tuan Yang Terutama atas Lawatan Negara yang pertama ke Negara Brunei Darussalam dan menyatakan bahawa lawatan terakhir Tuan Yang Terutama adalah lebih 20 tahun yang lalu.

    Oleh itu, Baginda bertitah bahawa Lawatan Negara ini mencerminkan persahabatan yang telah lama terjalin dan komitmen dalam merapatkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

    Semasa Majlis Perjumpaan Empat Mata dengan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, kedua-dua pemimpin berbincang bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste, serta isu-isu yang berkepentingan bersama kepada kedua-dua buah negara. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...