BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong di Istana Nurul Iman.

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, TYT Lawrence Wong di Istana Nurul Iman, kelmarin.- Gambar oleh Bahiyah Bakir
– (Klik di sini untuk berita lanjut)