Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap YDP Melaka

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari.

    Selesai Majlis Mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berangkat bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri bagi menghadiri Majlis Santap Tengah Hari.

    Berangkat sama ke Majlis-majlis tersebut ialah ahli-ahli Kerabat Diraja.

    Majlis Santap Tengah Hari dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

    Majlis-Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, pada hari ini, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...