Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap YDP Negeri Melaka

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari.

    Selesai majlis mengadap, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudian berangkat bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri bagi menghadiri Majlis Santap Tengah Hari.

    Berangkat sama ke majlis-majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah kerabat diraja.

    Majlis Santap Tengah Hari dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berkenan ke Majlis Santap Tengah Hari bersama TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali dan isteri, Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah. Turut berangkat pada majlis santap ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali dan isteri. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen turut berangkat pada majlis mengadap tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...