Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan terima pin keahlian FAPW

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar oleh Azrol Azmi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Penaung Diraja Friends of Asia Pacific Region World Association of Girl Guides and Girl Scouts (FAPW), berkenan berangkat menyempurnakan pin keahlian kepada kerabat diraja hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun itu menyaksikan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam berkenan menerima pin keahlian tersebut.

    Turut berkenan menerima pin keahlian itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    Di majlis itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berserta kerabat diraja kemudian dijunjung berangkat menyaksikan dengan lebih dekat lagi kegiatan bazar antarabangsa di ruang lain hotel berkenaan.

    Kerabat diraja semasa berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
    Kerabat diraja semasa berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menerima pin keahlian.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menerima pin keahlian.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menerima pin keahlian.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menerima pin keahlian.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan menerima pin keahlian.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan menerima pin keahlian.
    Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika berkenan mengunjungi bazar di ruang hotel berkenaan.

    FAPW merupakan sebuah skim keahlian yang menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) serta ahlinya. FAPW mula ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menyokong dan membantu WAGGGS dalam kerja menambah tabung dan dana bagi memperkasa dan membantu perkembangan dari peringkat kanak-kanak perempuan hingga wanita muda.

    Perhimpunan tersebut antara lain bertujuan untuk memilih enam orang ahli Kumpulan Kerja (Working Group) baru untuk berkhidmat bagi tempoh tiga tahun dan setakat ini FAPW mempunyai seramai 3.6 juta ahli di seluruh rantau Asia Pasifik.

    Ahli-ahli FAPW ini menyumbang kepada dana FAPW melalui keahlian mengikuti peringkat sumbangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda