Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Berkenan tinjau projek Lebuh raya Pan Borneo

    BELURAN, 5 SEPT – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang hari ini menjelajahi kawasan tengah Sabah, berkenan meninjau pembangunan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, di sini.

    Seri Paduka berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo, berangkat ke tapak Pakej Kerja 29 Moynod-Sapi Nangoh di sini dan mendengar sembah taklimat mengenai projek itu daripada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum meneruskan perjalanan kembara itu ke Telupid, yang turut dikenali sebagai ‘The Heart of Sabah’.

    Alexander ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu, berkata beliau memberikan sembah taklimat kepada Al-Sultan Abdullah berhubung latar belakang dan status semasa pelaksanaan projek lebuh raya itu, yang kini 83 peratus siap bagi 15 pakej kerja Fasa 1A projek berkenaan.

    “Sesungguhnya keberangkatan julung kali Seri Paduka berdua bagi meninjau sendiri pembangunan projek ini, menzahirkan keprihatinan Tuanku berdua dalam usaha kerajaan menambah baik infrastruktur jaringan jalan raya di Sabah.

    “Jaringan ini merupakan pemangkin pembangunan sosioekonomi dan perindustrian, serta menambah baik keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini,” katanya.

    Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak  merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – Bernama

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melihat cili bara yang dipamerkan ketika berkenan hadir ke Institut Perhutanan Sabah sempena Kembara Kenali Borneo. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...