Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ucap selamat berangkat kehadapan YDP Agong, Raja Permaisuri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi ini berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berikutan Keberangkatan Negara Baginda berdua ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari.

    Berangkat mengiringi Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar, Tunku Temenggong Johor.

    Terdahulu sebelum itu, Baginda Sultan berangkat bersama-sama Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong dari The Empire Brunei menuju ke LTAB.

    Sebelum berangkat dari The Empire Brunei, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Hadir di LTAB bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Menteri Pengiring serta pembesar-pembesar Negara Brunei Darussalam.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berangkat kehadapan majlis KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama kerabat diraja, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menadah tangan ketika doa dibacakan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan ketika berkenan mengucapkan selamat berangkat kehadapan Baginda Yang di-Pertuan Agong di LTAB.
    – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda