Berkenan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Raja Jordan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah dan ahli kerabat diraja serta kerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.