Berkenan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yoshihide Suga atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Jepun berikutan dengan kemenangannya dalam pilihan raya bagi pemilihan Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), baru-baru ini.