Berkenan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Maharaja Jepun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito dan kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Yoshihide Suga serta kerajaan dan rakyat Jepun sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito.