Berkenan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Puan Yang Terutama Dame Cynthia Alcyion Kiro, berikutan dengan pelantikannya sebagai Governor-General New Zealand yang ke-22.