Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Berkenan utus tahniah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, His Highness Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan UAE, His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-51 UAE.

    Dalam perutusan berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Laos, TYT Dr Phankham Viphavanh serta kerajaan dan rakyat Laos sempena Hari Kebangsaannya yang ke-47.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...