Berkenan utus tahniah kepada Presiden Joe Biden

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr. sempena dengan majlis mengangkat sumpahnya sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-46.