Berkenan utus tahniah kepada Vietnam

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Nguyen Phu Trong dan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc dan juga kerajaan serta rakyat negara itu sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Sosialis Vietnam yang ke-75 Tahun.