BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam, kerajaan dan rakyat Republik Singapura berikutan dengan kembalinya ke rahmatullah Noor Aishah, isteri kepada bekas Presiden Pertama Republik Singapura Yusof lshak.
