Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Berkhidmat tanpa ganjaran, PBS penting dalam beri respons terawal

    KUCHING, 22 JUN – Peranan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang menjalankan tugas tanpa meminta habuan amat penting dalam memberi respons terawal jika berlaku bencana dan kecemasan khususnya di Sarawak yang saiz negeri itu menghampiri keluasan Semenanjung.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata adalah mustahil serta sukar untuk 38 balai bomba yang ada di negeri ini yang berkeluasan 124,000 kilometer persegi, untuk menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti dalam masa yang singkat.

    “Jadi untuk memastikan perkhidmatan itu sampai kepada komuniti dari Tanjung Datu sehingga Lawas, penyelesaian jangka pendek atau inisiatif bomba adalah dengan menggalakkan penubuhan PBS bagi membantu bomba memberikan respons pertama jika berlakunya bencana atau kecemasan di kawasan yang sukar diakses.

    “Kita tidak mahu bila bomba sampai ke lokasi kejadian, rumah itu sudah tinggal rangka, paling menyedihkan kebakaran melibatkan rumah panjang yang mengorbankan nyawa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...