Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkongsi ilmu bersama

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 15 April – Dalam usaha untuk membukakan peluang berkongsi sama ilmu dan mengeratkan lagi hubungan dengan ibu bapa dengan berkesan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sekolah-Sekolah akan mengadakan Bengkel Ibu Bapa Prihatin Menjana Kejayaan Anak-anak di Sekolah Rendah Muhammad Alam, di sini, pada 19 April ini.

    Bengkel yang akan melibatkan penyertaan kalangan guru-guru dan kakitangan daripada beberapa bahagian akademik, pentadbiran, profesional, hal ehwal pelajar dan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari sekolah-sekolah rendah kerajaan Kluster 6 itu merupakan pusingan ketiga setelah diadakan di Daerah Tutong sebagai pusingan pertama, baru-baru ini dan kedua, esok.

    Bengkel tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan perkongsian kepada kalangan pesertanya mengenai inisiatif pendidikan rendah dan menengah serta ‘Growth Mindset’.

    Para peserta juga diharap akan dapat berkongsi ilmu yang diperoleh untuk disampaikan kepada para ibu bapa dan komuniti lain di sekolah masing-masing. Bengkel berkenaan dikendalikan oleh lebih 10 orang tenaga pemudahcara.

    Peserta  bengkel tersebut ketika sesi bergambar ramai.

    Kira-kira 30 orang telah menyertai pusingan pertama bengkel tersebut yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong, seterusnya bagi pusingan kedua memfokuskan sekolah-sekolah rendah Kluster 5 akan berlangsung di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong, esok.

    Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sekolah-sekolah selaku Ketua Penyelaras Bengkel Kumpulan C, Hajah Jeriah binti Duraman dalam ucapannya pada bengkel pusingan pertama telah menyentuh tentang kepentingan jalinan kerjasama di antara pihak berkepentingan dalam bersama-sama mendokong hasrat Kementerian Pendidikan dari segi hubungan sekolah-rumah yang berkesan dan kumpulan fokus adalah ibu bapa dan komuniti.

    Beliau berharap hasil daripada bengkel itu akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan jalinan kerjasama yang diharapkan selain mengongsinya kepada rakan-rakan ibu bapa dan komuniti lainnya di sekolah masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda