Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Berkongsi ilmu menerusi Khazanah ‘Ilmiyyah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan baru-baru ini, telah mengadakan program Khazanah ‘Ilmiyyah yang merupakan platform secara dalam talian berkonsepkan pembelajaran untuk jangka masa yang berterusan. 

    Ia juga merupakan kesinambungan bagi Program Ilal Majdi Wal ‘Ula yang menghimpunkan pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah tersebut, yang bukan sahaja dapat diakses oleh seluruh warga sekolah khususnya, malah oleh orang ramai yang ingin mengambil manfaat daripadanya.

    Pihak sekolah memperkenalkan platform tersebut secara rasmi buat kali pertama melalui aplikasi Microsoft Sway yang disempurnakan pelancarannya oleh Penolong Pengarah Perkhidmatan Korporat, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohd Hassan yang kemudiannya menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta program.

    Antara objektif program berkenaan adalah sebagai bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran yang dapat dikongsi oleh warga madrasah dan sumber rujukan bagi murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa, bukan hanya semata-mata untuk persediaan bagi menghadapi ujian dan peperiksaan.

    Ia juga sebagai amal jariah dan saham akhirat yang berterusan bagi warga madrasah dalam usaha untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan masyarakat umum.

    Antara murid yang menghadiri program Khazanah ‘Ilmiyyah tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...