Berkongsi pengalaman, ilmu tangani kanser

Dr Haji Mazrul Adimin semasa menyampaikan kata alu-aluannya di Persidangan Perubatan Onkologi Borneo yang berlangsung di Dewan Kuliah, PJSC.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Penyakit yang kompleks seperti kanser harus ditangani daripada pelbagai sudut dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi di mana menerusi perkongsian pengalaman dan ilmu pengetahuan ia mampu untuk merangkumi pelbagai kaedah serta tindakan yang diperlukan bagi kawalan kanser.

Kawalan kanser di rantau ini termasuk di Borneo di mana kanser merupakan salah satu penyebab kematian utama di Brunei, telah membawa kepada pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pengurusan terkini supaya dapat menjana peluang bagi pengesanan awal dan rawatan penjagaan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit kanser.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)