Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Berkongsi rezeki dengan asnaf fakir miskin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak ini, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas, kelmarin, telah mengadakan Projek Kongsi Rezeki dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan asasi secara pandu lalu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

    Projek tersebut disasarkan kepada golongan asnaf fakir miskin yang bermastautin di Kampung Kilanas dan Kampung Jangsak bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan terutama pada bulan puasa ini.

    Selain itu, tujuan projek tersebut juga adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama membantu dan beramal melalui sedekah kepada orang-orang yang memerlukan.

    Projek yang berjalan dari 24 hingga 29 Mac lalu itu telah mendapat sambutan, di mana sejumlah 53 buah keluarga telah dikenal pasti sebagai keluarga asnaf fakir miskin.

    Sumbangan disampaikan oleh tetamu kehormat bersama, Pengiran Tajuddin bin Pengiran Ahmad, selaku penasihat III dan Haji Abdul Wahab bin Haji Safar selaku penasihat IV, ahli jawatankuasa takmir masjid.

    Salah seorang penduduk yang menerima sumbangan menerusi Projek Kongsi Rezeki berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...